Kemahiran generik
Kemahiran generik ialah sesuatu yang berasaskan kemahiran,
kecekapan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Kecekapan pula boleh
didefinisikan sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat
dan sempurna. Tidak ada senarai kemahiran yang pasti akan kemahiran generic,
malahan terdapat beberapa senarai mengikut Negara dan juga pandanagn yang
dihasilkan oleh pengkaji itu sendiri. Kajian dilakuakn oleh National Centre for
Vocational Education Research (2003), mengatakan secara kolektif nya senarai
kemahiran generic mengandungi enam elemen asas berkaitan kemahiran manusia,
kemahiran berfikir, kemahiran personal, kemahiran keusahawanan dan kemahiran
masyarakat.
Kemahiran generic penting bagi melahirakan pelajar dan
generasi yang cekap bekerja, berkerampilan dan yang boleh memberikan sumbangan
kepada Negara pada masa akan datang. Penekanan kemahiran generic ini dapat
dilihat melalui Negara-negara maju yang ama menitik beratkan kemahiran generic
dalam sesi pembelajran atau system pembelajaran mereka seperti Amerika
Syarikat, Australia dan lain-lain.
Kemahiran berfikir
George (1970)melihat kemahiran berfikir sebagai siatu proses
penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks. Manakala, Edwar De
Bomo (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang
membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir
untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir
merupakan kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang
yang mempunyai kemahiran berfikir akan sanggup serta cekap dalam menyusun
maklumat.
Pemikiran ialah
proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan maslah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognitif terhadap proses yang dialami. Penggunaan akal yang bijak dapat
membolehkan manusia untuk membuat proses penakulan, membentuk konsep dan
memahami fenomena yang diperhati.
Proses berfikir terbahagi kepada dua iaitu:
·
Operasi Kognitif
Ø
Yang sering digunakan dalam kehidupan seharian
·
Operasi Meta Kognitif
Ø
Operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran
dalam proses kognitif Operasi kognitif
Operasi kognitif merupakan kemahiran berfikir yang
dugunakan oleh kita setiap hari contohnya mengelas, membanding, membuat rumusan
dan lain-lain. Menurut Bloom (1956), domain kognitif boleh di kategorikan
kepada enam aras :
Ø
Pengetahuan
Ø
Kefahaman
Ø
Aplikasi
Ø
Analisi
Ø
Sinteksis
Ø
Penilaian
Operasi metakognif
Operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses
kognitif iaitu memandu, membimbing dan menaakul segala aktiviti pemikiran
manusia. Seperti yang dikemukakan dalam gambar rajah ialah model “ functional thinking” yang dikemukakan oleh
Bayer (1992).
Meta
kognitif pengetahuan dan
kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkan dia untuk mengawal proses
berfikir serta aktiviti yang dijalankan.
Beyer (1992)
mengemukakan model ‘Functional Thinking’ yang di kemukakan pada rajah 1.
Rajah 1
Prinsip kemahiran berfikir
- Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif
- Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah. Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasan ego kita jika nginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manfaatnya.
- Sentiasa menukar arah otak kiat berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masaalah dan membuat keputusan.
- Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri senriri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
Teori kemahiran berfikir :
Teori robert sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian
kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secar
kreatif. Kedua-dua otak ini mempunayi fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitik ururtan atau susunan
bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala, bahagian kanan mempunyai
kemahiran berfikir dalam bidang berupa
kreatif, sinteksis, warna,reka bentuk dinsamping perasaan, iarama, muzik dan
imaginasi. Berdasar huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup
berfikir secar kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan kiri hendaklah
dikembangkan.
Teori pelbagai kecerdaan : howard gardner
Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam
fitrahnya, menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
- Kecerdasan linguistik
- Kecerdasan logical-matematik
- Kecerdesan visual-spatial
- Kecerdasan muzik
- Kecerdasan tubuh kinestetik
- Kecerdasan interpersonal
- Kecerdasan intrapersonal
Jenis-jenis pemikiran
A.
Pemikiran
konvergen
{ Pemikiran konvergen juga dikenali sebagai
pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
{ Pemikiran konvergen ialah salah satu jenis
daya berfikir, Guilfort (1976). berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Guilfort,
pemikiran konvergen adalah daya berfikir yang membolehkan pelajar atau
seseorang untul menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan
susunan untuk menghasilkan idea atau jawapan yang lazim atau masuk akal.
{ Penyelesaian masalah boleh dilakukan
dengan pengetahuan sedia ada, pengalaman, pengetahuan, pengalaman, peraturan
prinsip, teori, hukum atau rumus.
{ Pemikiran konvergen berfokus pada
pencarian jawapan dan penyelesiaain masalah.
B.
Pemikiran
divergen
{ Pemikiran divergen juga dikenali sebagai
pemikiran bercapah
{ Pemikiran ini memerlukan seseorang itu
untuk berfikir secara kreatif tentang sesuatu perkara atau maklumat
{ Cara penyelesaian maslah adalah dengan
berfikir dari pelbagai sudut
{ Davidoff 91976), pemikiran divergen
memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai
.
{ Idea yang terhasil dari pemikiran adalah
asli dari pemikiran seseorang itu sendiri dimana individu yang menggunakan
pemikiran ini dianggap kreatif.
{ Nama lain bagi pemikiran ini adalah
pemikiran mendaar atau lateral.
C.
Pemikiran
reflektif
{ wilson J & Wing Jan L (1993)
berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek
pemikiran yang lain
{ manakala Birchall (1992) pemikiran
reflekif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang
kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk untuk mencapai objektif
penyelesaian maslah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
{ Cara pemikiran ini adalah sama dengan cara
pemikiran meta kognotif.
{ Pemikiran ini juga memerlukan seseorang
untuk berfikir secara kritis dan di luar kotak
{ Pemikiran ini sangat dititik beratkan pada
zaman ini kerana ingin menghasilkan generasi yang celik dalam semua perkara.
{ Tambahan pula, permasaalahan yang dihadapi
pda setiap zaman semakin sukar jika dibandingkan dengan sistem pembelajaran di
peringkat antara bangsa.
{ Dengan itu, kerajaan mewujudkan KBAT dalam
setiap aspe pembelajaran bagi menghasilkan ilmu ang berkualiti.
Alat-alat berfikir
v
Alat-
alat berfikir amat di perlukan bagi membantu seseorang untuk meningkatkan
kemahiran berfikir. Bagi memantapkan lagi sesuatu sesi pembelajaran itu, alat
berfikir adalah wajib diterapkan semasa sesi pembelajaran.
v
Menurut
Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat
membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan agar dapat
mengahasilkan idea-idea yang lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.
v
Jenis-jenis
alat berfikir ialah:
{ Soalan dan penyoalan
{ Pengurusan grafik
{ CoRT
{ Peta minda
Soalan dan penyoalan
Secara amnya, kita sering
menggunakan soalan berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom (1956). Mengikut
Taksonomi Bloom, aras kognitif ini disusun mengikut hierarki daripada peringkat
yang paling rendah hingga ke peringkat yang paling tinggi, iaitu berdasarkan
aras kognitif pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian
Mengikut perkembangan semasa, ada
beberapa jenis lagi soalan yang dapat kita gunakan sebagai alternatif untuk
membina soalan. Antaranya termasuklah jenisjenis soalan seperti berikut:
(i)
Soalan bertumpu dan bercapah
(ii)
Lingkaran soalan
(iii)
Soalan kritis
(iv)
Soalan
kreatif
Pengurusan grafik
·
Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk
ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus,
meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih
sistematik, jelas dan berkesan.
·
PG digunakan untuk membantu seseorang itu
mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan
berkesan.
·
Walau pun
PG ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG
sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat
pembelajaran pelajar.
·
Contoh pengurusan grafik:
v
PG membanding dan membezakan
v
PG
membuat kategori
v
PG
meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan
v
PG
menerangkan sebab
v
PG
membuat ramalan
v
PG
membuat periksa andaian
v
PG membuat keputusan
v
PG menyelesaikan masalah
(contoh pengurusan grafik) rajah 2
CoRT
v Alat
CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk
meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998).
v CoRT
ialah singkatan dari perkataan “cognitive research trust” yang dicipta oleh Edward
De Bono.
v Penggunaan
alat cort ini hamper sama seperti pengurusan grafik, penggunaan alat berfikir
CoRT .
v Alat
CoRT terbahagi kepada dua iaitu:
Ø
CoRT 1
·
Bertujuan untuk meluaSkan persepsi seseorang
tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan
·
Alat cort ini terdiri daripada (boleh merujuk rajah 2) :
·
PMI (Plus, Minus, Interesting)
·
CAF (Consider all factors)
·
C&S (Consequence & sequel)
·
AGO (Aims, Goals, Objectives)
·
FIP ( First, Important, Prioriti)
·
APC ( Alternatives, Possiblilities, Choices)
·
OPV (Other people’s views)
Rajah 3
Peta minda
Ø
Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah
suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema.
Ø
Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk
membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran terutama sekali
mata pelajaran yang melibatkan bacaan seperti sejarah dan fakta-fakta.
Ø
Peta minda membolehkan pelajar mencatat nota
dengan mudah.
Ø
Selain itu, merancang sesuatu seperti penulisan
karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya
Ø
Peta minda boleh dikait dengan menghasilkan
nota, ingat kembali dan kreatif.
Rajah 4 ( contoh peta minda)
Hasil Nukilan : Nurul Shafiqah Bte Mohd Yusof
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
1.0 DEFINISI KOMUNIKASI
S. Bernard Rosenblatt (di dalam buku Communication in Business, 1983)
Komunikasi ialah pertukaran idea, maklumat, pendapat, perhubungan, dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan mencapai matlamat organisasi.
James A.F. Stoner & Charles Wankel (1987)
Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yag melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud.
Emery, Ault & Agee (1997)
Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat , idea, dan sikap seseorang kepada seseorang yang lain.
Sulaiman Masri ( 1997)
Komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur/ penulis) dipindahkan melalui alat atau saluran tertenntu kepada penerima (pembaca/ pendengar) yang kemudiannya memberi maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.
Guffey dan Almonte
Komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima).
Komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan tindakan seseorang dengan dirinya sendiri, dengan orang lain atau persekitarannya. Komunikasi juga boleh disebut sebagai proses pertukaran idea atau maklumat antara dua individu atau lebih dengan tujuan untuk berkongsi maklumat atau pengalaman. Proses ini boleh dilakukan sama ada lisan atau tulisan atau dengan menggunakan kesemua lima deria yang kita ada.
2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
1. Dari segi hubungan insan
- Mudah mendapat kawan
- Mudah memahami tingkah laku orang lain
- Dapat mengelakkan diri daripada terus membuat kesimpulan mengenai sesuatu perkara tanpa melihat secara terperinci.
2. Dari segi akademik
- Menjaga hubungan antara pelajar dengan pensyarah
- Menunjukkan sifat yang positif sebagai seorang mahasiswa, tanda menghormati pensyarah.
- Tidak menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi dengan pensyarah
- Berkomunikasi dengan penuh hormat bersama pensyarah, elakkan daripada berbual kosong.
3. Dari segi kerjaya
- Mudah menulis surat memohon kerja dan menulis resume yang menarik
- Menguasai bahasa inggeris kerana bahasa ini sangat penting untuk penggunaan zaman sekarang
- Menguasai komunikasi di alam maya.
3.0 ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI
l Penyampai
u Individu yang menunjukkan perlakuan komunikasi secara lisan atau bukan lisan.
u Perlu jelas dengan mesej yang ingin disampaikan supaya penerima memahami maksud yang ingin disampaikan
l Penerima
u Orang yang menjadi sasaran mesej
u Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai.
l Mesej
u Dihantar menggunakan perkataan, simbol, ayat atau bahasa tertentu untuk menggambarkan makna sesuatu mesej.
l Saluran
u Berbentuk lisan, bukan lisan atau bertulis
u Untuk menyampaikan maklumat antara penyampai dengan penerima
u Saluran asas: melalui pendengaran dan penglihatan
u Saluran tambahan: media elektronik, lukisan pada kanvas, bahan cetakan dan sebagainya.
l Maklum balas
u Tindak balas terhadap maklumat yang diterima
u Berbentuk lisan atau bukan lisan
l Gangguan
u Perkara yang mengganggu keberkesanan komunikasi
u Menyebabkan komunikasi tidak dapat disampaikan
4.0 BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI
1. Intrapersonal (diri sendiri)
Ø Berlaku dalam diri seseorang.
Ø Berlaku apabila seseorang itu sedang berfikir mengenai sesuatu perkara
Ø Contoh: bermonolog dengan diri sendiri untuk membuat satu pilihan, mencari idea atau membuat keputusan.
2. Interpersonal
Ø Berlaku antara satu individu dengan individu yang lain (dua orang atau lebih)
Ø Bersifat terus/ bersemuka antara satu sama lain tanpa menggunakan perantaraan seperti telefon bimbit untuk berkomunikasi.
Ø Berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.
3. Komunikasi kumpulan
Ø Berfungsi untuk membuat keputusan mengenai sesuatu hal dan semua ahli perlu mematuhi nya.
Ø Berlaku dalam keadan formal dan tidak formal.
Ø Contoh: mesyuarat.
4. Pengucapan awam
Ø Komunikasi antara seseorang individu dengan ramai orang sekali gus.
Ø Berlaku di khalayak ramai.
Ø Contoh: ceramah.
5. Komunikasi massa
Ø Bertujuan untuk sebaran kapda umum.
Ø Bersifat sehala
Ø Menggunakan alat-alat media massa seperti Televisyen, akhbar, majalah, buku dan risalah.
5.0 JENIS KOMUNIKASI
1. komunikasi lisan
v Memaksudkan sesuatu melalui suara dan penggunaan perkataan.
v Berbahasa dengan baik, efektif, padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan.
v Digunakan untuk perbualan, ucapan, pembentangan, dan mesyuarat.
v Kebaikan:
ü Mesej disampai dengan mudah dan cepat
ü Maklumbalas diterima dengan pantas
ü Komunikasi dijalankan denagn lebih meyakinkan.
2. komunikasi bukan lisan
v Berlaku tanpa menggunakan sebarang suara dan perkataan.
v Dipaparkan menerusi tingkah laku, sifat dan objek.
v Aspek-aspek komunikasi:
² Ekspresi wajah: menyebabkan komunikasi berkesan atau sebaliknya.
² Isyarat mata: melakukan pandangan mata ketika berkomunikasi untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan.
² Gaya tubuh dan gaya berjalan
² Isyarat seperti isyarat tangan atau menggerakkan kaki.
² Kaedah sentuhan
3. komunikasi bertulis
v Merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik.
v Mempunyai format tertentu untuk berkongsi maklumat dan berkongsi idea.
v Penggunaan bahasa mengikut laras.
v Berlaku secara spontan atau terancang yang melibatkan faktor fakta, gaya, laras, pengolahan, dan bahasa.
v Jenis-jenis komunikasi bertulis:
a) Surat rasmi
b) Memo
c) Emel
d) Tulisan ilmiah
6.0 KESIMPULAN
1. komunikasi yang berkesan sangat penting supaya dapat memudahkan kita berhubung antara satu sama lain dan melaksanakan tugas dengan baik.
2. Komunikasi yang berkesan juga dapat mengekalkan hubungan keakraban antara sahabat dan dapat mengelakkan pergaduhan.
hasil nukilan: Nurhanani Binti Rosli
No comments:
Post a Comment